PROFIL DJ AMM

ABDUL MUHAIMIN BIN MUKHTAR

Founder Heroes Training Academy

Lebih dikenali sebagai DJ AMM berasal dari Terengganu. Anak jati kelahiran Terengganu. Kini menetap di Kuala Terengganu. Bekerja sebagai penyampai radio TerengganuFM (part-timer) dan seorang motivator. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat dari UiTM.

DJ AMM merupakan seorang pengurus syarikat Heroes Training Academy yang baru ditubuhkan pada tahun 2015. Beliau banyak memberi ceramah berkaitan komunikasi, keusahawanan, kepimpinan pelajar, motivasi diri, dan teknik belajar di sekolah sekitar negeri Terengganu. Pengalaman beliau banyak dalam bidang komunikasi sejak dibangku sekolah lagi.

  

DJ AMM telah menerima anugerah Personaliti Terbaik 2009 yang menewaskan IPT-IPT lain di seluruh negeri Johor. Merupakan seorang pengarah filem UiTM dan pernah menghasilkan enam buah filem. Pemenang anugerah filem pendek terbaik di UiTM. Sekarang beliau aktif sebagai trainer dalam bidang pemasaran internet, pengurusan bisnes dan membantu ramai usahawan di negeri Terengganu.