PENGURUSAN STRES

PENGURUSAN STRES
Stress atau tekanan ialah keadaan seseorang itu mengalami ketidakstabilan sama ada fizikal ataupun mental dan ianya berkaitan dengan cara hidup kita.

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.

‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik (positif) dan ianya dinamakan sebagai “eustress” manakala yang yang buruk (negatif) pula dinamakan sebagai “distress.”

Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Kemahiran Pengurusan Stres ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan, kemahiran menyampaikan tindakbalas secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan perilaku secara berkesan.

PENGISIAN PROGRAM
1. MENGAWAL KESTABILAN EMOSI

2. MENGENALI JENIS STRES & FAKTOR PENYEBAB BERLAKU STRES

3. PENGAWALAN MINDA POSITIF DENGAN LEBIH BERKESAN

4. AYAT-AYAT PENYEMBUH & KETENANGAN

5. MENJEMPUT BAHAGIA DALAM KEHIDUPAN

PELAKSANAAN PROGRAM
1. CERAMAH BERIMPAK TINGGI

2. LATIHAN TEORI & PRAKTIKAL

3. AKTIVITI BERKUMPULAN (LDK)

4. PERSEMBAHAN INDIVIDU / BERKUMPULAN

5. PENGGUNAAN VIDEO / AUDIO BANTUAN MENGAJAR

SILA TICK SALAH SATU
SILA TICK SALAH SATU
Siapa Yang Patut Hadir?
+ Individu / Kumpulan yang ingin hidup bahagia tanpa stres
+ Pengurus / Pengarah / Majikan dalam organisasi
+ Pegawai-pegawai atasan
+ Mereka yang ingin belajar ‘Critical Thinking Without Stress’
+ Pelajar sekolah, kolej, universiti
+ Sesuai untuk semua golongan usia
Durasi Program?
+ Program ini mempunyai 3 pilihan jangkasama mengikut kesesuaian anda iaitu program 1hari, 2hari 1malam atau 3hari 2malam. Bagaimanapun, bagi keberkesanan maksima digalakkan mengambil jangkamasa 3hari 2malam agar mendapat keseluruhan input modul program.