MOTIVASI PELAJAR / PEKERJA

PROGRAM MOTIVASI
Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris – “MOTIVATION”. Perkataan asalnya ialah “MOTIVE” yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN.

Di surat khabar, kerap pemberita menulis ayat “motif pembunuhan”. Perkataan motif di sini boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan itu dilakukan.

Jadi, ringkasnya, oleh kerana perkataan motivasi adalah seerti dengan sebab, tujuan atau pendorong, maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama ada secara negatif atau positif.

Tujuan atau motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.

Lebih penting sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi, masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan.

Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai matlamat.

“Motivasi adalah suatu kuasa dalaman yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.”

PENGISIAN PROGRAM
1. MENETAPKAN VISI & MISI KEHIDUPAN

2. ELEMEN AURA DALAM TUBUH BADAN MANUSIA

3. NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING (NLP)

4. THE PURPOSE OF LIFE

5. KISAH & SIRAH PERJUANGAN RASUL

PELAKSANAAN PROGRAM
1. CERAMAH BERIMPAK TINGGI

2. LATIHAN TEORI & PRAKTIKAL

3. AKTIVITI BERKUMPULAN (LDK)

4. PERSEMBAHAN INDIVIDU / BERKUMPULAN

5. PENGGUNAAN VIDEO / AUDIO BANTUAN MENGAJAR

SILA TICK SALAH SATU
SILA TICK SALAH SATU
Siapa Yang Patut Hadir?
+ Individu / Kumpulan yang ingin meningkatkan skill komunikasi
+ Majikan / Pegawai atasan dalam sesebuah organisasi
+ Kakitangan yang terlibat dalam mengacara sesebuah organisasi
+ Mereka yang ingin mencari jalan cepat untuk terus berjaya
+ Pelajar sekolah, kolej, universiti
+ Sesuai untuk semua golongan usia
Durasi Program?
+ Kami mempunyai pelbagai modul dan tajuk berkaitan MOTIVASI untuk peserta. Modul yang akan disampaikan adalah sangat bersesuaian dengan keadaan dan jiwa peserta. Kebiasaannya program ini mengambil masa 2-4 jam sahaja.