KEPIMPINAN ORGANISASI

KEPIMPINAN ORGANISASI
KEPIMPINAN adalah satu proses komunikasi dan interaksi sosial yang acapkali diperkatakan oleh masyarakat dewasa ini. Kepimpinan adalah kualiti tingkah laku individu untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi.

Kepimpinan boleh berlaku dalam kelompok mahupun kumpulan. Jelas, perilaku pemimpin dan gaya kepimpinannya melibatkan pengaruh seorang ketua terhadap ahli-ahli di bawahnya yang berada dalam kelompok yang sama bagi mencapai objektif yang telah direncanakan.

Kepimpinan adalah sesuatu kegiatan atau seni ketua yang boleh mempengaruhi orang lain bagi tujuan menjalinkan kerjasama dengannya dalam sesebuah kelompok tersebut. Malahan, kepimpinan secara amnya, bermakna mempengaruhi atau suatu proses mempengaruhi manusia supaya mereka dapat bekerjasama secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama.

Selain itu, kepimpinan juga dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kuasa. Setiap ketua perlu memiliki perancangan sendiri yang mantap dan setiap ketua mempunyai kuasa dalam mengetuai hala tuju sesuatu kelompok. Justeru, tanpa seseorang ketua yang mengetuai carta organisasi, maka tidak akan sempurnalah organisasi tersebut.

PELAKSANAAN PROGRAM
1. CERAMAH BERIMPAK TINGGI

2. LATIHAN TEORI & PRAKTIKAL

3. AKTIVITI BERKUMPULAN (LDK)

4. PERSEMBAHAN INDIVIDU / BERKUMPULAN

5. PENGGUNAAN VIDEO / AUDIO BANTUAN MENGAJAR

PENGISIAN PROGRAM
1. MODEL KEPIMPINAN

2. BAHASA TUBUH KEPIMPINAN

3. EMEJ & PERSONALITI

4. SKILL NEGOSIASI & KOMUNIKASI ASAS

5. MENGAWAL MANUSIA LAIN

SILA TICK SALAH SATU
SILA TICK SALAH SATU
Siapa Yang Patut Hadir?
+ Ketua-ketua jabatan Kerajaan / Swasta
+ Pegawai HR & Perhubungan Awam
+ Organisasi berkumpulan
+ Founder / Ejen / Leader / Stokis Produk
+ Pelajar sekolah, kolej, universiti
Durasi Program?
+ Kepimpinan organisasi ada beberapa modul kami sediakan yang sesuai untuk pelbagai peringkat golongan usia (Sekolah / Universiti / Organisasi) Untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Kebiasaannya client kami mengambil pakej durasi program sehari