KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita. Ramai orang pandai bercakap, tetapi tidak ramai orang pandai ‘berkomunikasi’. Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.

Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.

Jadi, penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang melibatkan orang lain.

Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan kerjaya seseorang. Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.

PENGISIAN PROGRAM
1. KOMUNIKASI NLP

2. PENULISAN SKRIP UCAPAN BERPENGARUH

3. MICROEXPRESSION LANGUAGE

4. BAHASA VOKAL & TUNE SUARA

5. HYPNOSIS & TELEPATHY COMMUNICATION

PELAKSANAAN PROGRAM
1. CERAMAH BERIMPAK TINGGI

2. LATIHAN TEORI & PRAKTIKAL

3. AKTIVITI BERKUMPULAN (LDK)

4. PERSEMBAHAN INDIVIDU / BERKUMPULAN

5. PENGGUNAAN VIDEO / AUDIO BANTUAN MENGAJAR

SILA TICK SALAH SATU
SILA TICK SALAH SATU
Siapa Yang Patut Hadir?
+ Individu / Kumpulan yang ingin meningkatkan skill komunikasi
+ Majikan / Pegawai atasan dalam sesebuah organisasi
+ Kakitangan yang terlibat dalam mengacara sesebuah organisasi
+ Guru / Pensyarah yang ingin meningkatkan skill mengajar
+ Pelajar sekolah, kolej, universiti
+ Sesuai untuk golongan berusia 15 tahun ke atas
Durasi Program?
+ Dalam program komunikasi berpengaruh ini akan dikongsikan teknik pembelajaran teori dan praktikal. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum. Kebiasaannya client kami mengambil pakej durasi program 3H2M